Monday, 9 December 2013

Diam Saja

bila throwback cerita kita..tengok dan amati setiap yang berubah. ada hikmah ke tak?kita dan Allah je tahu.

yang rasa tu kita. tapi kalau orang nak judge itu memang hak diorang. kita tak akan boleh halang. tak boleh nak tutup mulot diorang pun.

cuma doakan diorang supaya diorang berubah. dan doakan diri kita ni kuat dan tabah--

Allah kan ada...

Tuesday, 3 December 2013

Masalah Yang Tak Pernah Setle

Aku selalu sangat bingung dengan hidup aku. Inikah takdir aku?Aku pun tak faham kehendak manusia. Kehendak aku sendiri pun aku susah nak commit. Ini kan pula kehendak orang lain--
Apa salah aku untuk menjaga hati orang lain lalu aku dihina pula?atas dasar apakah penghinaan itu?--
Kalau la ada yang faham aku macam mana aku cuba faham seseorang.. kan ke bagus. --

Fikir sejenak atas kehilangan sebelum ini. atas dasar apakah?sebab aku benci dia ke?
Tak pernah benci. Tapi kenapa dia buat aku macam ni?

TOLONG AKU!

Friday, 27 September 2013

5 Kategori Manusia

Jika anda perhatikan, anda 5 kategori manusia kat luar sana. Anda pilihlah anda suka jadi yang mana.

1- Mereka yang ada problem atau masalah tapi tidak TAHU bagaimana nak selesaikan. Mereka hidup dengan problem tu dengan rungutan/ komplen. Tidak ada ilmu atau tidak cari ilmu. Yang teruk sikit ialah yang rasa dah tahu semua benda tapi sebenarnya tak tahu pun dan terus ada masalah, komplen tapi tak selesaikan. Anda akan nampak hidup mereka biasanya "biasa-biasa" atau dibawah tahap "biasa-biasa".

2- Mereka yang ada problem, tapi sibuk selesaikan problem orang tapi tak selesai pun, ini namanya Kay-Poh. Semua hal orang yang dia sendiri pun tak tahu macamana nak selesai tapi suka ambil tahu dan tambah masalah.

3- Mereka yang ada problem dan suka create more problem dan biar orang lain "cuci" dan dia cuci kaki tangan lepas tu konon bukan masalah dia. Ini namanya tidak bertanggungjawab. Lagi teruk kalau dia tuding jari salahkan orang lain. Padahal dia yang kentut. Bila orang lain kentut, heboh dia sedunia siap keluar youtube buat pengumuman kentut orang lain.

4- Yang ini teruk juga, dia ada banyak problem tapi dia rasa dia tak ada problem dan tak nak mengaku ada problem. Dan problem orang lain pun dia tak nak tahu langsung. Asyik kata No Problem. Mentor saya ajar, Orang yang banyak kata No Problem, sebenarnya ada banyak problem, cuma dia cuba menutupnya.

5- Yang bijak, ialah orang yang setiap hari sentiasa check apa problem yang ada dan being Resourceful menjadi Problem Solver. Ini sikap seorang Leader. Dia tidak lari dari masalah tapi selesaikan. Dia cari punca masalah dan selesaikan dipuncanya. Jika dia boleh delegate, dia akan delegate beri orang lain yang boleh selesaikan untuk selesaikannya. Dia akan cari jalan penyelesaian dan jika dia berniaga, dia gunakan diri dia, produk atau perkhidmatan dia sebagai penyelesai kepada masalah orang. Lagi banyak masalah dia boleh bantu selesaikan di dalam bidang industri dia, maka lebih mudah dia bina jenama dia, perniagaan dia dan kekayaan serta kejayaan senang hadir dalam hidup dia. Itu sikap mereka yang berjaya dan terus berjaya.

*pilih lah utk diri sendiri

Saturday, 14 September 2013

Cita-cita vs Cinta hati

Bayangkan hidup korang,jika diberi pilihan. Mana korang pilih. cita-cita atau cinta?

Aku pun berat untuk pilih. Jujur aku cakap demi cinta aku akan gapai cita-cita. Aku harus gapai.

Bukan nak mengajar. Tapi hakikat. Even korang sayang sesiapa pun tapi korang tak ada matlamat untuk dicapai dalam hidup..itu bukan sayang namanya. Itu cinta monyet. Aku tak tipu. Sebab aku dah lalui.

Tak ada pasangan yang dikasihi sebab hidupnya tak ada hala tuju. Untuk mudahkan kefahaman korang..haruslah belajar sayang diri sendiri sebelum sayang orang lain.

Dari situ orang lain boleh nampak macam mana korang jaga diri dan bentuk hidup korang..baru la orang lain tu yakin nak bercinta dengan korang.

Matlamat hidup pastikan jelas--

Aku dah lalui untuk beberapa ketika. Keadaan terumbang ambing. Tapi kejatuhan aku tak menjengkelkan aku. Malah menguatkan lagi..

Wednesday, 14 August 2013

Hatiku Siapa Yang Tahu

Kadang aku terfikir..kenapa sekarang dia baru nak marah. kenapa sekarang dia baru nak sedar..

Dulu..
aku la orang yang dia paling tak heran. paling dia tak peduli. Sebab dia ada orang lain. Dia sungguh-sungguh mempertahankan orang lain.
Aku salu jauhkan diri niat utk tak mengganggu hubungan diorang. Aku terasa hina sangat.
Tapi siapa aku untuk dia amik tahu.

Aku terpaksa kuatkan diri. Berdiri tegak atas kehilangan semua yang aku ada. Aku teruskan hidup walaupun sebenarnya tak terurus.

Caci maki dah jadi permainan mental. Mental salu dicaci dengan bahasa-bahasa kesat. Tapi aku gagahkan juga sbb aku perlu hidup.

Sehingga sekarang aku hidup sebab sisa-sisa makian yg menjadi makanan mental aku.

Sekarang..bila aku cuba untuk memikirkn masa depan,baru dia sedar..dulu aku sangat sygkn dia. Dulu aku lah yg diperbodhkn. Dulu aku lah org yg dipermainkn. Sehingga dia sanggup hanta aku balik KL. Untuk jauhkn aku. .

Aku sedar pe yg dia penah buat..tapu sbb redha...aku diam.

Tuesday, 13 August 2013

Sabar itu Indah

Dikala hati sedang kecewa..ikotkan hati macam2 boleh jd..--

Menangis.Lari dr rumah.Bunuh diri.Marah tu memang pasti--

Tapi kena sabar jugak2..lagi2 bila kita sebenarnya kecewa dgn org yg kita syg..lagi sakit. Lagi pedih..--

Bangun la dari kekecewaan itu
Allah tak suka kita kekal di garisan kelemahan atas sbb tak muhasabah--

Kuatkan semangat. Doa untuk kebaikan semua--

Sabar itu indah..jika keindahan tak dtg sekarang,indah itu akan datang--

Monday, 12 August 2013

Tersentuh Jiwa

Betapa mudah air mata kita mengalir demi orang yang kita sayang...betapa luluh hati seseorang yang kita sayang jika dia sakitkan hati kita.

Aku faham perasaan tu..tapi kenapa aku masih sakitkan hati dia.

Sedih sangat bila kita terkenang balik saat kita kecewakan dia.

Ya Allah..berilah aku peluang hidup dan ketabahan untuk memperbetulkan hidup ini menjadi lebih baik untuk masa depan semua--amin..

Hidup vs Kerjaya

Hidup penuh dugaan.. tak perlu berserah sangat..cari jalan untuk jadi yang terbaik...

Tuesday, 23 July 2013

Murid sekolah Makan Dalam Tandas Itu Tidak Benar ye!

Ha...baca entri nih. Betulkan keadaan. Betulkan pemikiran.
Gelak sendiri bila dah tau cerita sebenar--
Nasib bro Mazidul dah betulkan keadaan. Betulkan cerita --
Sedih betul bile kita belajar tinggi-tinggi tapi bengongku bertingkat-tingkat --
*peluh besar

Cerita sebenar ialah kantin sekolah tu tengah buat renovation.
So pihak sekolah pindahkan tempat makan ke bilik persalinan.
Tapi tak la sebenar kantin sekolah tersebut--;

So ok jugak kah makan dan minum disitu?
Yang penting aku tak pernah buat --
Mesti cari kantin atau duduk lam kelas

Apa-apa pun betulkan balik mentality
Make sure siasat sebelum sembur.

#gelakgelakgelak

Monday, 22 July 2013

Mood Raya ke?

Masuk-masuk je office aku dah dengar dah lagu raya berkumandang. eheee.. best --
Aku suka mood macam ni. Lain macam sikit. Semacam la..buat kerja pun semacam lajunya 
*siap angkat kening sebelah sambil herotkan molot tanda bongkak 

Ahaaa..kerja camtu kompem siap cepat. Sumpah cepat. Now dah relax je sebab kerja dah abes. 
Tunggu waktu balik kerja je nih. wehoooo~ 
*sandar baik punye

Tetiba je soalan mood raya menerjah ke telinga ku..
intan : dah beli baju raya?
aku : mesti la belom. *sambil herot molot
intan : erm..
aku : dalam hati* apakah motif bertanyakan soalan itu lalu diam membisu

Udah le abes..itu je dia nak soal. Baik diam je yew..
*Herot-herot muke aku fikir 

Baru pukul 4 kot,..lambatnye lagi nak pukul 530 --;


#kalaulaakubos lehbalikawal

Sunday, 21 July 2013

Welcome to "Dunia Blog"

Hai .. sukar nak gambarkan betapa la aku happy sebab dapat buat blog nih.
*terkinja2 menaip happy katanya
 Dah lama sangat tak bukak blog lalu hilang semua kata laluan bagai.

So now aku harap tak hilang la kata laluan bagai tuh.
Terok sangat penyakit lupa aku ni. Tua dah kot. --;

Ok now ucapan Selamat Datang kembali kepada diri ku sendiri --

Hope aku leh bagi penuh perhatian terhadap blog aku nih

Chow dulu..anyway Selamat Berpuasa!! pada semua umat islam. Semoga memberi 1001 makna dalam kehidupan anda.
--

#moodhappybenor