Monday, 24 February 2014

Kerinduan

Semua org ada perasaan rindu. Aku ni salah seorang anak jauh dari mak abah dan family. Balik hanya dikala cuti. Itupun jika diizinkan Allah. Maksudnya jika ada pitih lah..

Elok la terjaga pukul 4.30 pagi. Memang teringat mak. Rindu sebenarnya. Banyak kali perasaan itu menerjah ke kalbu.

Stay calm and ambil phone dan mesej mak dengan kata kata romantis gitu. Nampak macam bercinta sikit. Dengan harapan..moga mak terjaru dengan kata kata jiwang aku nih.

*5minit lepas tu~

"Mak selalu doakan angah nak. Mak sayang anak anak mak"

*ternangis~

Walaupun mak tak bela aku sangat.. tapi aku bersyukur. Bagi aku cukup la sekadar doa mengiringi..sepanjang hidup aku

Sayang mak dunia akhirat.

Syukur Alhamdulillah.

Wednesday, 12 February 2014

Tegang Otot dan Otak

Dulu..
“erm..weh boleh pinjam duit tak?”
“tak de hal. ko kan kawan aku”
“nanti ada duit aku bayar la”
“tak pe..pelan pelan. nanti dah ada bayar la”

Sekarang..
“weh..ada sikit tak?pinjam bole?”
“bereh..nanti ak bank in”
“thanks beb”

Disebalik wajah..
“ko asik nak meminjam je kan!business ko dah tutup ea?. ko keje apa sekarang?tak keje eh?”

nota kaki : kenyataan itu bukan disebalik wajah. tapi disebalik kata kata manis. please..jangan bagi kata kata palsu kalau tak redha. baik berterus terang. supaya tak menyakitkan hati orang.

mungkin aku tidaklah sempurna..tetapi aku redha dengan kehidupan aku sekarang. jika ini takdirku..apakan daya?

aku cuma mampu mengadu pada yang Maha Mendengar. Kerana Dia yg Maha Mengetahui..

Sunday, 2 February 2014

Sebelum dan Selepas

Tanak cakap pasal gambar tu. Saje nak tunjuk perubahan saiz. 8)
Tanya kalau nak tau. Peace.

Tak Tau Tajuk Resepi

Tengok je sedap kan. Aku rase sikit sedap. Rase banyak lagi sedap. Ni “cinta" aku yg masak. Sedap sangat-sangat. Tak tipu. Aku saja nak share rasa nih.

Friday, 31 January 2014

Cukup berusahakah aku?

Mempersoalkan diri sendiri. Cukup berusahakan aku untuk hidup ku sendiri?Sama sekali tidak. Kerana aku masih di takok yang sama.

Masih adakah jalan yang terbaik untuk budak dewasa yang berumur hampir mencecah 3 series. Dimanakah salahnya?

Sekali lagi nak salahkan takdir?Tolong bersujud pada maha agung. Kita tidak lah sempurna. Yang Maha Mengetahui saje yang dapat bagi jawapan tepat pada hidup kita.

Muhasabah diri wahai diri ku~Semua yang berlaku ada hikmah.

Monday, 9 December 2013

Diam Saja

bila throwback cerita kita..tengok dan amati setiap yang berubah. ada hikmah ke tak?kita dan Allah je tahu.

yang rasa tu kita. tapi kalau orang nak judge itu memang hak diorang. kita tak akan boleh halang. tak boleh nak tutup mulot diorang pun.

cuma doakan diorang supaya diorang berubah. dan doakan diri kita ni kuat dan tabah--

Allah kan ada...

Tuesday, 3 December 2013

Masalah Yang Tak Pernah Setle

Aku selalu sangat bingung dengan hidup aku. Inikah takdir aku?Aku pun tak faham kehendak manusia. Kehendak aku sendiri pun aku susah nak commit. Ini kan pula kehendak orang lain--
Apa salah aku untuk menjaga hati orang lain lalu aku dihina pula?atas dasar apakah penghinaan itu?--
Kalau la ada yang faham aku macam mana aku cuba faham seseorang.. kan ke bagus. --

Fikir sejenak atas kehilangan sebelum ini. atas dasar apakah?sebab aku benci dia ke?
Tak pernah benci. Tapi kenapa dia buat aku macam ni?

TOLONG AKU!